Tuesday, March 14, 2006

Hari Terakhir Ketidakwarasan

Hari ini dia dibebaskan dari pusat itu.
Setelah bertahun-tahun dikurung kerana tidak cukup sempurna untuk hidup bersama-sama yang lain yang lebih teratur dan bertamadun.
Diasingkan supaya lebih selamat kepada sekeliling.
Dikaji, diuji dan diubati oleh pakar-pakar psikologi dan jururawat-jururawat bertauliah.

Setelah dia diyakini bahawa telah kembali normal ke dunia yang satu ini dan bukan dimensi tersendiri lagi.
Setelah dia diyakini ketawa kerana rasa jenaka yang diucapkan oleh mereka yang waras dan bukan jenaka peribadinya sendiri atau tentang apa-apa yang tidak mereka lihat menggelikan hati.
Apabila mendapati dia berkata-kata dalam keadaan yang sedar dalam emosi dan bukan emosi dengan renungan mata yang kosong melihat pada tempat atau benda yang tidak kelihatan. Apabila dia kelihatan menangis dengan sebab yang boleh dimengerti dan boleh dikongsi. Apabila dia berkelakuan senonoh dan dengan ketrampilan bagai seorang manusia patut kelihatan.
Apabila dia cukup sempurna di mata mereka-mereka yang gelar mereka waras dan cukup akal.

Dia disahkan telah bebas daripada penjara minda serabutnya.
Dia patut dibebaskan juga secara fizikal ke dunia realiti ini.
Dia tidak lagi dikongkong oleh rasa pelik dan aneh.
Atau yang lebih tepat, dia tidak lagi kelihatan pelik dan aneh.

Dia waras semula.
Dia dimengerti dan mengerti.
Tentang menjadi manusia seperti yang mana patut manusia bersifat.
Tapi belum tentu dia aman.
Belum tentu dimensi ini nyaman.
Kerana dimensi ini juga penjara bagi yang lalai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home