Saturday, July 24, 2004

Cerita Satu Pagi - Cinderella '98

Romero membuka pintu biliknya perlahan-lahan dan mengintai ke dalam. "Hmm..ada lagi” detik hatinya. "Kali ni tak boleh kasi dia keluar lagi” Romero menutup pintu bilik itu dan berjalan ke arah katilnya. Cinderella masih nyenyak tidur di atas katil itu. Romero hanya tersenyum sahaja melihat keadaan itu. Hatinya gembira sejak Cinderella kembali. Dengan perlahan-perlahan Romero merebahkan badannya di sisi Cinderella. Dia tidak mahu mengganggu tidur Cinderella.

Dia tak mahu kehilangan Cinderella lagi. Dia sayangkan Cinderella. Hanya Cinderella yang dapat menghiburkannya di kala dia sunyi. Kali ini Cinderella sudah ke pangkuannya dan dia tak akan melepaskannya lagi. Sambil berbaring Romero mengusap badan Cinderella yang sedang lena itu. Romero tak boleh lupa bagaimana dia kehilangan Cinderella. Dia tidak sangka bahawa orang yang boleh dia percayai, seorang kawan dan jiran rapatnya sanggup menjadi perampas Cinderella darinya.

"Celaka kau Barry! Diam-diam kau ada hati kat Cinder. Tak sangka betul,  member baik aku sendiri. Hehh!” bisik Romero. Romero masih ingat lagi tatkala di menceritakan ketiadaan Cinderella pada Barry. Dia meluahkan kekecewaannya pada Barry hingga menitiskan airmata. Dan Barry berpura-pura rupanya. Barry menasihati Romero supaya jangan bersedih dan supaya mencari pengganti yang lain. Pandai sunguh Barry berkata-kata tetapi rupanya dia hipokrit, penipu dan perampas hak orang lain. Pada Romero, Cinderella tiada pengganti kerana Cinderella yang dia sukai hanya satu itu sahaja dan tiada lain lagi.

Romero tidak menyalahkan Cinderella kerana Barrylah yang harus dipersalahkan. Barry telah mempengaruhi Cinderella untuk mengikutinya. Tetapi itu sudah berlalu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Romero tidak boleh lupa airmuka Barry apabila rahsia Barry merampas Cinderella darinya diketahui. Kunjungan ke rumah Barry semalam telah mengembalikan Cinderella kembali kepadanya. Madam Sue, mak Barry yang beritahu Barry membawa Cinderella ke rumahnya. Madam Sue telefon emak Romero supaya beritahu Romero datang ke rumahnya ambil Cinderella sebab tak tahan dengan Cinderella yang menyusahkannya.

Apabila Romero dapat tahu Cinderella berada di rumah Madam Sue apalagi sepantas kilat dia berlari ke rumah Madam Sue yang hanya dua blok dari rumahnya. Sampai sahaja, Romero menekan loceng pada pintu rumah Madam Sue berkali-kali sampai nak rosak punat loceng tu. Madam Sue membuka pintu rumahnya dengan muka yang masam. "Hoi Mero kau ingat aku pekak ke ? Tekan sekali tak boleh ke ? Kau nak kasi jahanam loceng rumah aku hah?”  bentak Madam Sue.

"Sorry..sorry makcik” Romero menjawab sambil kepalanya menjengah-jengah ke dalam rumah banglo itu."Mana Cinder makcik ? Mana Cinderella ?” sambung Romero. "Ada. Ada kat dalam tu. Pergi la masuk” Ketika memasuki ruang tamu banglo itu Romero terserempak dengan Barry. Barry terperanjat mukanya pucat seperti nampak hantu. Dengan suara yang terketar-ketar dia berkata "Romero..bila kau sampai ? Apa hal ?” "Apahal ?!! Kau cakap kat aku kau tak tahu kat mana Cinder pergi. Dah tu nasihat aku suruh cari lain. Oo..pandai yea. Rupanya kau cuba rampas Cinder dari aku. Sudah la, aku dah tahu semua dah. Mak kau yang beritahu mak aku suruh datang ambil Cinder”

Kata-kata itu Romero menyebabkan Barry kaku seminit kemudian berkata "O.K la Mero, aku salah. Aku tipu kau. Maafkanlah aku. Cinderella ada kat bilik sebelah, pergilah” Romero tak berkata-kata apa-apa dan terus bergegas ke bilik sebelah dan akhirnya bertemu Cinderella semula."Itu cerita semalam, hari ni Cinder dah kembali dan Barry bukan kawanku lagi” kata hati Romero. "Cinder dah kembali disisiku dan itu yang lebih penting” Romero melihat ke sebelahnya tetapi Cinderella tiada disisinya. "Aik! Tadi tido kat sebelah dah hilang pulak!” “Mana pulak pergi dia ni ?” "Issh apa ni?” Tangan Romero terpegang sesuatu di atas katil itu. "Yak ala! Ini yang gua burn ni, tak pandai-pandai lagi” dengus Romero. "Patut la Madam Sue tak tahan” sambil berjalan ke arah tandas Romero terus membebel-bebel seorang diri.

"Binawe punya kucing. Kat atas katil dia berak. Kalau aku dapat siap kang! Cinder, Cinder” keluh Romero. Kucing Parsi kesayangannya telah membuat onar di atas katilnya. Apa nak buat, sayang kucing !

 
TAMAT

September 1 1998 A Moshtales Production

0 Comments:

Post a Comment

<< Home