Cerita Satu Pagi - Malam Suwey Untuk Julia
Malam tu macam biasa Julia keluar sendirian. Malam-malam yang sebelumnya pun dia keluar sorang-sorang juga. Julia tak suka join dengan yang lain. Dia lebih suka kalau dapat sesuatu habuan itu sorang-sorang, tak payah share ramai-ramai. Lagipun member-member Julia yang lain tu semua bukannya cantik macam Julia. Julia rasa malu kalau jalan dengan diorang padahal masyarakat setempat atau orang lain tak ambil endah pun. Julia sorang je perasan.
Orang cakap Julia sombong tapi Julia tak kisah. Sejak Julia hadir di sini Julia buat caranya sendiri je. Kadang-kadang je dia join member lain. Jaafar dan Nora pulak kalau Julia nak join tak pernah menolak. Diaorang tak sombong macam Julia walaupun Julia kadang-kadang tak bagi diorang ikut projeknya. Jaafar dan Nora memang sporting. Prinsip diorang "Biar orang tak kasi join diaorang tapi kita jangan tak bagi orang lain join kita, lagi ramai lagi bagus. Party Beb!”
Malam semakin dingin dan bulan kelihatan mengambang penuh. Suasana di tempat ini macam biasa je. Senyap, sunyi dan tak banyak aktiviti. Julia terus terusan mencari-cari mangsanya namun belum kelihatan. "Macam mana ni ?” rungut Julia,"Aku dah lapar ni!”. Dingin malam yang mencengkam itu tidak menghalang Julia untuk meneruskan pencariannya. Sememangnya Julia dah biasa dengan keadaan ini.
"Mana pergi mat-mat motor dan bohjan ni ? Selalu banyak yang lepak hari ni” Julia tertanya-tanya sendiri. Julia dah target tempat ni sebulan lepas. Dia tahu tempat ni ramai orang yang lepak dan bersantai serta bersuka ria tanpa gangguan mata masyarakat umum. Tempat ini agak tersembunyi dan terpencil tetapi jalan lama ni ada juga kadang-kadang orang lalu .Tapi kadang-kadang je ."Takde rezeki la aku hari ni” rungut Julia lagi. Julia hampa. Bukan ini yang dia rancangkan.
“Macam mana boleh takde orang hari ni ? Aku dah budget baik dah, hari ini ada orang lepak. Suwey betul!” sumpah Julia. "Apsal boleh jadi ni? Entah-entah trafic operasi tak ? Pencegah maksiat dah serbu ke ?” Julia menelah punca permasaalahannya. "Hah..takde pun si Taito puaka dan Muniandy yang kepala tak betul tu dah halau dan takut-takutkan budak-budak tu semua. Diaorang tu memang pedengki ! Tak boleh nengok aku senang sikit, mesti nak potong stim. Ada je plan nak jahanamkan projek aku. Sial punya Taito,Muniandy. Nanti kau kalau aku jumpa aku kerjakan satu-satu” Julia tiba-tiba je membuat tuduhan serkap jarang terhadap Taito dan Muniandy.
Julia dah hampa sangat dah geram sangat sampai hilang pertimbangannya. Hari semakin lewat dan Julia masih tak dapat mangsanya. Julia masih menunggu dan matanya melilau-lilau ke segenap penjuru kawasan itu. Siulan burung hantu yang menakutkan itu menemaninya bersama-sama kabus tipis yang menyelubungi tempat ini. Namun Julia masih setia menunggu dan menunggu. Terasa menyesal juga tak join Nora dan Jaafar malam tadi. "Bukannya diorang tak pelawa tapi aku yang tamak nak projek sorang-sorang” hati Julia berbisik sendirian. "Kalau tak dah berisi perut aku sekarang. Suwey! Suwey!”
Dalam pada Julia melayani perasaannya yang hampa itu tiba-tiba matanya terlihat suatu pergerakan. Dia amat-amati pergerakan itu dan ternyata susuk tubuh seorang lelaki sedang berjalan di lorong itu. “Yess!! mangsa sudah tiba” teriak hati Julia. "Tak sia-sia aku tunggu, dapat juga”. Julia tak berlengah-lengah lagi dan oleh kerana sudah lapar dia tak berfikir panjang.
He..He..He... He... He.....
Skrapp!!!!!!!!!!!!
"Hoi apa ni! Hoi relax la minah !”
"Hah??!!” Julia terperanjat tetapi dah terlambat. Satu penumbuk yang dashyat setanding dengan penumbuk Rocky Balboa dan terajang siam yang seperti dalam cerita Jean Claude Van Damme hinggap ke muka dan badan Julia.
Dusyumm!! Bub!! Bub! Piang!!!!
Diakhiri dengan satu "plengkit"(flying-kick) ala Aaron Kwok dalam filem Stormriders. Apa yang terjadi lepas itu Julia tidak tahu. Julia tak sedarkan diri pada perdu pohon itu. Bila Julia buka mata kelihatan banyak mata disekelilingnya.Termasuk lima, enam yang dia tak kenal langsung.
"Tu la Julia, tempat orang jangan kacau, join aku kan bagus tadi” Jaafar Jerangkung menegur Julia. "Yang kau pergi serang Silbi sapa suruh,dia kan macam kita juga bukan manusia lain. Lagipun dia ketua kat area ni. Kau silap orang la Julia” Nora Pontianak pula menyambung. “La patut la aku kena tibai. Adush! Apasal la aku tak cam Silbi si dracula tu” bisik Julia. Taito Hantu Jepun dan Muniandy Pocong tersenyum-senyum melihat Julia
Julia hanya diam saja. Julia tahu mereka berdua ketawakan dia. Tapi yang Julia tak tahu rupa Julia dah berubah selepas kena bantai dengan Silbi. Mata Julia terkeluar satu dan hidung dia terperosok ke dalam. Muka Julia pula senget. Selepas beberapa jam dan apabila Julia mendapat tahu akan keadaan dirinya.
Hargh..............................................
Jeritan yang mengerikan kedengaran menakutkan setiap insan yang bisa mendengarnya. Julia dah cacat, Julia dah hodoh. Esoknya, Julia Langsuir,Nora Pontianak dan Jaafar Jerangkung mencari makan bersama-sama. Julia dah berubah, macam mana nak sombong lagi , muka dia pun dah sebaris dengan Nora dan Jaafar dan juga the 'Cryptkeeper' dalam siri 'Tales from the Crypt'.......apa nak buat.
TAMAT
August 19 1998 A Moshtales Production
0 Comments:
Post a Comment
<< Home