Friday, July 23, 2004

Cerita Satu Pagi - Monkey Love


10.39 A.M, New York.

"Sudah la Min, lupakanlah dia” pujuk Bad. "Tak boleh Bad. Tak boleh.Dia sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Aku cintakan dia” Min berkeras dan seperti tidak puas dengan pujukan Bad. Min seperti mahu dipujuk lagi. "Itu aku tahu Min, tapi yang lepas tu biarlah ia lepas. Kau kena terima ni dengan hati yang terbuka . Ini adalah kenyataan Min” Bad seterusnya menyedarkan kawannya bahawa tiada gunanya meratapi atas sebuah perpisahan yang telah direstui.

Sebentar kemudian Min menangis teresak-esak. “Buruk muka orang tua kalau menangis”, bisik Bad dalam hati, “Malunya kalau orang nampak nanti, dahlah terkenal seluruh dunia”."O.K la Min, aku tahu kau tension. Luahkan la apa yang ada di hati kau tu. Lepas ni kau mesti rasa lega” Min menangguk-angguk dan tangisan semakin perlahan. Bad tersenyum melihat perubahan ini.

Hhhshh........................

Min menarik nafas panjang. Tangisannya reda dan dia mula meluahkan isihatinya. Bad menghulurkan tisu dari poketnya setelah melihat hingus Min yang sudah meleleh tu kelihatan meloyakan tekaknya. “Pengotor la budak ni, ciss!”  detik hati Bad. Dia tidak faham dengan sikap kawannya ini. Hanya pasal seorang perempuan pun dah hilang akal. Kalau orang dah tak suka tu, terima je lah. Ini tak Bad yang kena panggil pagi-pagi minggu ni  tolong redakan. Mana taknya, habis Min mengamuk. Harta benda awam semuanya diranapkan. Tak pikir langsung hak orang lain.

"Mula-mula aku nak minta maaf la Bad sebab menyusahkan kau pagi-pagi ni dan juga masyarakat sekeliling. Tapi aku bingung la...” Min mula bercerita. "Kau pun sendiri tahu aku dah kawan dengan dia lebih dua tahun, takkan tak boleh terima lagi keadaan diri aku. Aku tak perfect kau tahu ?” suara Min tersekat-sekat bercerita. "Semua orang tak perfect Min” Bad menjawab ."Dia seperti tak mengerti perasaan aku. Dia patut tahu ini sudah imej aku, ramai orang kat dunia dah terima, mengapa dia tidak? Dia tak nak faham masalah aku” sambung Min. "Ye la, mula-mula dulu masa dia kawan kau dia tak kisah sangat. Tapi bila dah suka kat kau dia mula la nak ubah imej kau ikut selera dia. Pompuan macam gitu la Min, apa yang tak sedap di mata diorang diaorang cuba ubah walaupun kita tak berapa suka. Diaorang pandai memujuk, tapi kau tak makan pujuk, tak nak mengalah” Bad cuba meneka isi permasaalahan daripada satu sudut pula.

"Ye la, kalau dia suruh aku tukar lain takpe tapi ini imej aku. Aku tak boleh lepaskan begitu sahaja walaupun aku cinta dia sepenuh hati” Min cuba mempertahankan prinsipnya. "Kalau gitu yang kau nak marah-marah buat apa. Sekarang dia tak nak kawan dengan kau sebab kau tak nak berubah dan kau memang tak nak berubah. Degil! So memang kau yang nak perpisahan ini. Tak guna menyesal. Habis cerita, end of story, life goes on. The end!” Bad menutup hujah-hujahnya dan seperti sudah dapat penyelesaian yang muktamad.

Muka Min merah sedikit mungkin tak menyangka Bad boleh salahkan dia pulak. "Bad kalau kau kena macam aku macam mana? Tentu tension punya?” Min cuba menduga reaksi kawannya. "Aku tak kisah Min sebab aku punya warna hitam sama dengan baju dan seluar aku .Orang tak cam sangat . Kau punya merah, dari bulan pun orang dah nampak spender kau. He..He..he...Aku tak problem tu, sorry” Batman memberi jawapan yang positif untuk dirinya."Belah la Bad. Kau pakai spender kat luar juga. Pirah lu.......” Superman membalas ejekan kawannya.

"Tapi aku tak la macam kau, awek suruh pakai spender kat dalam tak nak dah tu melalak-lalak, habis bandar New York ni kau hancurkan, aku jugak kena pujuk..” balas Batman. Serentak dengan itu terjadi pergelutan yang dashyat antara dua superhero itu dan bandar New York tidak aman semula. Selang beberapa jam kemudian Robin, Iceman, Spiderman, Wonderwoman dan ramai lagi termasuk Keluangman datang untuk meleraikan mereka.

 
TAMAT

 
August 20 1998 A Moshtales Production

0 Comments:

Post a Comment

<< Home